Thursday, 30 January 2014

Orientasi Form 1 ;)


- Assalammualaikum -


Update Baru! Orientasi tingkatan 1 baru sahaja tamat pada minggu lepas. Majlis penutupan mereka diadakan pada hari Sabtu yang bersamaan dengan 25 Januari 2013. Kenangan bersama mereka tidak dapat para pengawas tingkatan 4 dan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) lupakan. Banyak kenangan pahit dan manis bersama mereka. 

Pada Hari Rabu, 8 Januari 2014, pendaftaran Tingkatan 1 diadakan di Dewan Gemilang. Pengawas tingkatan 4 ditugaskan untuk membantu Guru Kaunseling seperti kebiasaan tahun- tahun lepas. Alhamdulillah  sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1 telah pun berjalan dengan lancar. 
Orientasi tingkatan satu ataupun lebih dikenali sebagai Minggu Silaturrahim telah berjalan selama lebih kurang 3 minggu iaitu dari 8 Januari 2014 hingga 25 Januari 2014. Para pengawas tingkatan 4 dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) tingkatan 4 telah menjayakan Minggu Silaturrahim ini . 


 Antara aktiviti yang dilakukan :

-Ice Breaking (Suai Kenal )
- Latikan dalam Kumpulan (LDK)
-EXTREME EXplorace 
-Pertandingan Bakat Muda

Alhamdulillah dengan penat lelah kami, Minggu Silaturrahim ini telah pun berjaya dilaksanakan dengan lancar. Meskipun pada awalnya terdapat segelintir pelajar yang ingin pindah , namun hasil bimbingan kaunseling daripada guru-guru kaunseling dan fasilitator , tiada sebarang perpindahan yang dibuat pada tahun ini. Semoga para pelajar tingkatan 1 dapat menyematkan semangat yang baru di SISME demi mengharumkan nama baik sekolah dengan kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Kenangan mereka tidak akan lekang di ingatan
 para pengawas form 4 dan PRS.


LDK bersama Fasilitator

Snap Snap !
Kasi Dancing sikit :D
_Extreme Explorace_
Form 4 + Form 1 = Together Ever!

No comments:

Post a Comment